Tuesday, July 28, 2009

Produk Kesihatan Elken ~ MRT

Langkah Pertama : Pemakanan yang seimbang..
Untuk mengekalkan kesihatan optimum, tubuh kita memerlukan 46 jenis nutrien setiap hari. Nutrien tersebut turut dikenali sebagai “nutrien metabolik” dan terdiri daripada:

8 jenis amino asid penting
8 jenis vitamin dan
20 jenis mineral

Oleh kerana fungsi nutrien tersebut saling berkait, maka kita perlu memastikan bahawa pemakanan kita seimbang dan mengandungi kesemua 46 jenis nutrien. Sebaliknya, kekurangan nutrien untuk suatu jangka masa yang panjang telah dikaitkan dengan gangguan metabolik pada peringkat sel dan merupakan risiko tinggi dalam penularan penyakit kronik.

Terdapat laporan bahawa kira-kira satu pertiga daripada jumlah kematian akibat kanser di Amerika Syarikat dapat dielakkan melalui pemakanan yang betul. Hakikat ini mejadi lebih rumit dengan pemakanan yang mengandungi bahan kimia berlebihan dan tabiat pemakanan mengikut nafsu dalam kehidupan zaman moden ini.

Langkah 1 dalam Elken MRT bertujuan untuk membetul dan mencegah ketidakseimbangan pemakanan melalui pengambilan suplemen makanan apabila perlu.

Langkah ke 2 : Menambahkan pengambilan oksigen
Oksigen merupakan sumur hidup. Kita dapat hidup berhari-hari tanpa makanan dan air, tetapi kita akan mati dalam masa 6 minit tanpa oksigen. Oksigen ialah bahan perlu kerana tubuh menghasilkan jutaan sel baru untuk menggantikan sel yang mati dalam proses metabolik setiap hari.

Di samping memastikan fungsi vitamin yang elok, oksigen juga penting untuk mencegah kanser. Oksigen berupaya meneutralkan bahan-bahan karsinogen (akibat hasil sampingan metabolisme asid lemak) kepada bahan yang tidak berbahaya.

Bagaimanapun, kehidupan moden dan pencemaran perindustrian sering menjadi penghalang pengambilan oksigen yang mencukupi tanpa disedari. Akibatnya, proses metabolik dan pembaharuan sel kita terganggu.

Langkah 2 Elken MRT bertujuan menambahkan pengambilan oksigen melalui suplemen supaya bekalan oksigen dalam peredaran darah meningkat secara berkesan.


Langkah Ke 3 : Detoksifikasi
Kita perlu membersih dan mendetoksifikasi tubuh kita setiap hari kerana makanan tidak terhadam boleh menjadi “sisa toksik” yang boleh meresap kedalam saluran badan dan kesemua bahagian anggota melalui usus kita – lantas meningkatkan risiko kita menhidap penyakit kronik.

Walaupun masalah ini selalu terjema sebagai sembelit biasa, kuasa pemusnahannya jauh lebih dahsyat seperti yang dilaporkan dalam peyelidikan Jepun mengenai sistem gastr0-usus. Pernah dilaporkan bahawa 6 hingga 10 paun najis degil melekat pada dinding usus kita walaupun tiada gangguan dalam pembuangan najis setiap hari.

Di samping itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan bahawa kanser kolon bakal menjadi kanser pembunuh pertama dinegara-negara maju pada masa akan datang. Fakta yang tidak menyenangkan ini telah mendorong ramai pakar perubatan untuk mengisytiharkan secara terbuka bahawa pembersihan kolon merupakan pendekatan ke arah usia panjang.

Langkah 3 Elken MRT bertujuan mengatasi ancaman kesihatan ini dengan memperkenalkan kaedah pendetoksifikasian tubuh yang semula jadi dan berkesan.


Langkah Ke 4 : Penyelarasan Kesihatan
Penyakit kronik BUKAN sebahagian daripada proses penuaan – bertentangan dengan kepercayaan popular. Sememangnya tubuh kita berupaya menyembuhkan diri selagi ia mendapat khasiat yang berterusan, cergas dan mengendalikan mekanisme tubuh dengan elok.

Bagaimanapun, kita cenderung mengabaikan kesihatan dengan tidak membekalkan khasiat, oksigen, air, rehat dan detoksifikasian yang mencukupi. Ini menyebabkan tubuh terdedah kepada gangguan metabolik seperti kekurangan enzim yang mengakibatkan masalah ketidakhadaman dan kurang berat badan serta gangguan endokrin dan seterusnya masalah obesity. Semua ini merupakan tahap kesihatan yang tidak menyenangkan.

Kekurangan pelarasan kesihatan menghalang keupayaan pemulihan tubuh dan sekaligus melemahkan daya ketahanan kita terhadap penyakit.

Langkah 4 Elken MRT mengesyorkan bahawa pelarasan kesihatan yang paling berkesan untuk mengawal semula kesihatan kta ialah melalui pengambilan khasiat dan produk memperkuatkan badan demi tahap kesihatan yang memuaskan - digandingkan dengan semangat ceria selalu, yang masih dianggap sebagai ubat terbaik di dunia.

No comments:

Post a Comment